Nutrition Facts Servings Per Recipe 72 Calories 126 % Daily Value * Total Fat 8g 10% Saturated Fat 3g 15% Cholesterol 9mg 3% Sodium 71mg 3% Total Carbohydrate 14g 5% Dietary Fiber 1g 2% Total Sugars 8g Protein 1g Calcium 7mg 1% Iron 1mg 3% Potassium 41mg 1% * Percent Daily Values are based on a 2,000 calorie diet. Your daily values may be higher or lower depending on your calorie needs. ** Nutrient information is not available for all ingredients. Amount is based on available nutrient data. - Information is not currently available for this nutrient. If you are following a medically restrictive diet, please consult your doctor or registered dietitian before preparing this recipe for personal consumption. Powered by the ESHA Research Database © 2018, ESHA Research, Inc. All Rights ReservedTetapdengan bahan sederhana, hidangan ini bisa memberi manfaat dalam membantu menjaga kesehatan tubuh kita. Anda bisa membuat Choco Chip Cookies a la Famous Amos menggunakan 18 bahan dan 9 langkah pembuatan. Berikut ini cara dalam membuat hidangannya. Bahan-bahan dan bumbu yang diperlukan dalam pembuatan Choco Chip Cookies a la Famous Amos: Sepertinya Anda menggunakan alat otomatisasi untuk menelusuri situs web kami. Mohon verifikasi bahwa Anda bukan robot Referensi ID f6e2c732-0a2f-11ee-8530-4f4678724553 Ini mungkin terjadi karena hal berikut Javascript dinonaktifkan atau diblokir oleh ekstensi misalnya pemblokir iklan Browser Anda tidak mendukung cookie Pastikan Javascript dan cookie diaktifkan di browser Anda dan Anda tidak memblokirnya. Bahanbahan yang diperlukan yang boleh Anda dapati Resepi double chocolate chip cookies famous amos. 1 Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang Enriched flour Kasih 1 biji telur Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja Bila dah kacau masukkan pula bahan B seperti bawah Cara-cara membuat biskut chocolate chip ala
Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu. Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan..... Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet. Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya. Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap. Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini. Biskut Famous Amos Bahan A ¼ cawan gula kaster 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan mentega ~+75 gm 1/2 cawan minyak jagung 1 biji telur gred B ¼ sudu kecil garam ½ sudu besar susu segar susu tepung ½ sudu kecil vanilla extract Bahan B 2 cawan tepung gandum di ayak 1 sudu besar serbuk koko di ayak 1 sudu besar tepung jagung di ayak ½ sudu kecil cream of tartar Nona boleh ganti dg ½ sudu kecil cuka/ jus lemon ½ sudu kecil soda bikarbonat ½ cawan walnut cincang/almond nib blh ganti biji bunga matahari 1 cawan semi sweet chocolate chips Cara cara Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring. Nota 1 Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna ¾ cawan gula halus + ¾ cawan gula perang sahaja untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji 2 Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 3 Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
zyUYEeU.